DS Khaled Nordin Ucap Takziah Buat Keluarga

Hari ini negara dikejutkan dengan satu insiden yang mendukacitakan apabila 2 helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.

Insiden ini berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM pada jam 9.32 pagi yang melibatkan 2 buah helikopter TLDM jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC.

Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.

Dukacita dimaklumkan bahawa insiden ini telah mengorbankan 10 anggota TLDM, masing-masing 7 kru HOM-AW139 TLDM dan 3 kru FENNEC TLDM.

Secara peribadi, dan bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan takziah buat keluarga anggota TLDM yang terlibat.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan ingatan buat semua keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan terberat ini.

Innalillahiwainnailaihirajiuun.

#khalednordinmindef

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top