Tahniah diucapkan kepada semua pimpinan daripada Pemuda UMNO Bahagian dalam Johor yang telah mendapat kepercayaan UMNO Bahagian masing-masing untuk dilantik sebagai Ahli-ahli Majlis di 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor.
Seramai 22 pemimpin Pemuda UMNO Bahagian yang telah sempurna mengangkat sumpah jawatan baru-baru ini.
Manfaatkanlah peluang dan terjemahkan kepercayaan ini untuk menjaga nama baik dan menaikkan imej parti dalam kalangan rakyat.
Dengan bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik di setiap kawasan serta zon yang diwakili.
Manfaatkan juga peluang sebagai Ahli Majlis untuk menggubal dasar dan peraturan di peringkat kerajaan tempatan dengan idea-idea segar dan saranan-saranan baharu, yang akhirnya memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat setempat.
Idea segar dan saranan baharu yang mampu memberi penyelesaian terbaik kepada setiap permasalahan penduduk dan rakyat.
Supaya akhirnya kita mampu berperanan secara berkesan dan efektif sebagai Ahli Majlis di setiap PBT.
Tahniah dan selamat berkhidmat.
Noor Azleen Ambros
Ketua Pemuda Negeri Johor
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang