Sorotan daripada program Bicara Tokoh yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Johor ini membincangkan tentang perpaduan Melayu dalam UMNO di negeri Johor pada zaman dahulu. Tokoh jemputan merupakan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Bin Othman menyatakan bahawa pada ketika itu, perpaduan Melayu hanya wujud di bawah naungan UMNO sahaja. Tidak ada perpaduan Melayu di bawah parti politik yang lain.
Beliau membandingkan perpaduan Melayu ketika itu dengan konsep Muafakat Nasional sekarang antara UMNO dan PAS. Katanya, walaupun ada usaha membentuk perpaduan di antara kedua-dua parti itu, tetapi ia masih belum sekuat perpaduan Melayu dalam UMNO di Johor pada masa kegemilangan UMNO.
UMNO berjaya memperjuangkan dan memupuk perpaduan Melayu di bawah naungan parti itu sendiri. Inilah antara faktor kekuatan UMNO ketika itu untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya, termasuk di kawasan majoriti Cina sekalipun.
Contohnya di kawasan Bakri yang mempunyai majoriti pengundi Cina, UMNO masih berjaya memenanginya berkat sokongan kuat daripada pengundi Melayu. Ini membuktikan betapa pentingnya perpaduan Melayu di bawah UMNO bagi memastikan kemenangan parti itu pada ketika itu, terutamanya di negeri Johor.
Disusun oleh,
Indraputra Bin Hj Ibrahim
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang