Pengundi Awal 6 PRN Termasuk PRK Kuala Terengganu Tunai Tanggungjawab 8 Ogos

Seramai 97,388 individu yang terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. Pengundian awal ini melibatkan daftar pemilih terkini yang dikemaskini sehingga 21 Jun 2023.

Pengundian awal PRN akan berlangsung di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan dengan 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

PRK Kuala Terengganu melibatkan pengundi awal, termasuk 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan dengan empat pusat mengundi awal yang dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.

Kesemua pusat pengundian awal akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi dan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi. Tempoh berkempen untuk PRN dan PRK ini telah ditetapkan selama 14 hari bermula dari 29 Julai hingga 11 Ogos. Hari pengundian PRN dijadualkan pada 12 Ogos. PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah, 45 di Kelantan, 32 di Terengganu, 40 di Pulau Pinang, 56 di Selangor, serta 36 di Negeri Sembilan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top