Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas mengedarkan 6,000 biji telur kepada 200 orang di kawasan Permas Jaya bertujuan membantu meringankan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga telur semasa.
Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Permas 7, Permas Jaya itu dihadiri penduduk sekitar sejak jam 8 pagi.
YB Baharudin bin Mohamed Taib yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata Sekurang-kurangnya bantuan telur ini dapat meringankan sedikit beban isi rumah kerana harga telur naik mendadak ketika ini dan ada sesetengah tempat yang kekurangan bekalan.
Salah seorang penerima yang merupakan seorang pesara pula mengharapkan lebih banyak program bantuan percuma kepada rakyat diadakan selepas ini.
“Kami bersyukur, harap adalah lagi bantuan seperti ini pada masa akan datang” katanya.