Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu IPT 2023-2030

15 Jun 2023 – Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi mengangkat potensi dan kedudukan Bahasa Melayu dalam segala bidang. Beliau percaya bahawa potensi tersebut hanya akan memberikan hasil yang baik jika diberikan perhatian yang tersusun dan strategik.

Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu Ipt 2023-2030 - Berita
Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu IPT 2023-2030 - 3, UMNOPG

Salah satu sebab mengapa Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dipilih sebagai pentas utama untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana peranannya dalam melaksanakan misi nasional. IPTA dianggap sebagai suri teladan terbaik bagi masyarakat, di mana golongan bijak pandai memainkan peranan yang penting. Selain itu, IPTA juga dianggap sebagai tempat yang sesuai untuk membangunkan potensi dan kekuatan Bahasa Melayu.

Berkata demikian ketika melancarkan Pelan Tindakan Memartabat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu 2023 – 2030, beliau turut mengajak semua pihak untuk bekerjasama secara serius dan berdedikasi dalam melaksanakan pelan ini. Beliau berharap agar Bahasa Melayu dapat diangkat ke kedudukan yang sepatutnya melalui usaha yang bersungguh-sungguh.

Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu Ipt 2023-2030 - Berita
Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu IPT 2023-2030 - 4, UMNOPG

Ianya wajib dilaksana bagi memastikan bahasa kebangsaan ini terus berkembang dan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara. Kepercayaan terhadap potensi Bahasa Melayu di IPTA mencerminkan komitmen kerajaan dalam memajukan bahasa ini dalam institusi pendidikan tinggi.

Justeru, semua pihak perlulah bersama-sama memastikan pelaksanaan pelan ini secara serius dan bersungguh-sungguh agar Bahasa Melayu dapat diangkat ke kedudukan yang selayaknya.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top