YB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN, Ketua UMNO Bahagian merangkap Menteri Pendidikan Tinggi mengajak orang ramai agar merebut peluang bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah terutama di bulan Ramadhan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sumbangan asnaf di Taman Nusa Damai.
“Marilah kita menghidupkan keindahan ramadhan dengan mengambil peluang memberi kepada yang memerlukan kerana ganjarannya adalah berlipat kali ganda”
“Sama ada yg memberi atau yang menerima, ramadhan merupakan madrasah untuk mendidik dan berkongsi agar kita dapat mengeratkan hubungan sama kita”
Tambahnya lagi, konsep inilah yang menjadi panduan UMNO kerana parti tersebut memegang teguh ajaran dan syiar islam.
Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Haji Bahar, Timbalan Ketua UMNO merangkap ADUN Permas, En Razani Abdul Rauf Naib Ketua UMNO Bahagian, En Noor Azleen Ambros, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, En Nooraizam Rowaji, Setiausa Bahagian dan pimpinan serta sayap cawangan Bandar Baru Nusa Damai