PEMUDA PASIR GUDANG MASAK, EDAR BUBUR LAMBUK

Program memasak dan edaran bubur lambuk anjuran UMNO Cawangan Permas 7 bersama UMNO Cawangan Bandar Baru, Cawangan Sri Permas dan Cawangan Permas Jaya mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata mereka turut bekerjasama dengan orang kawasan untuk beberapa program sampingan yang lain seperti ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada penduduk yang kurang bernasib baik.

“Adalah satu kelaziman dalam masyarakat akan bergotong-royong menyediakan juadah ‘signature’ sempena bulan Ramadhan iaitu bubur lambuk.”

“Kelazatan bubur lambuk ini bukan terletak pada resipinya semata-mata.”

“Tapi lazat dan manisnya juadah bubur lambuk ini kerana ianya dijayakan secara bergotong-royong, muafakat dan bersama.” tambahnya lagi

Menurutnya kelazatan tersebut juga dtambah apabila juadah bubur lambuk ini dikongsi bersama dengan semua tanpa mengira latar belakang dan bangsa.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top