KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Akmal Saleh dalam satu kenyataan mengumumkan senarai Ketua-ketua Pemuda UMNO bagi menerajui negeri masing-masing.
Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil pelbagai cadangan dan pertimbangan yang diperolehinya.
“Setelah mengambil kira pelbagai pandangan, cadangan dan saranan sukacita untuk saya umumkan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat negeri-negeri yang baru khususnya bagi jawatan Ketua Pemuda Negeri dan Naib Ketua Pemuda Negeri,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.
Beliau berkata demikian ketika moreh bersama pergerakan pemuda UMNO Johor selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih Ramadhan Presiden UMNO, di sini hari ini.
Atas perlantikan berkenaan beliau berharap institusi pemuda dapat diperkukuhkan lagi diperingkat negeri selain dapat menarik minat anak muda untuk bersama UMNO.
Azleen Ambros juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi penggal ke 2 berturut turut.