Menyambut bulan Ramadhan dengan salah satu program memasak bubur lambuk memang tidak asing lagi untuk warga Pasir Gudang. Bubur lambuk adalah menu lazim berbuka puasa oleh kebanyakan orang berpuasa.
Berikut antara kawasan-kawasan yang giat menjalankan aktiviti memasak bubur lambuk sekitar Pasir Gudang yang giat dijalankan oleh ahli-ahli UMNO Pasir Gudang di cawangan masing-masing.
Memasak bubur lambuk di Taman Mawar yang dijalankan oleh En Hashim Marsidi. Anjuran Jiranita & KRT Fasa 1. Turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bhgn Pasir Gudang, YB Hj Bahar, Naib Ketua UMNO Bhgn Pasir Gudang, En Razani Rauf dan Setiausaha Bahagian, En Nooraizam Rowaji.
Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang, Puan Rafiah serta rakan-rakannya memeriahkan aktiviti bubur lambuk di Kg Plentong Baru.
Bergotong-royong bersama kariah Masjid Al-Muhajirin Masai. Bersama Ketua Cawangan UMNO Taman Bunga Raya, En Mobin Bin Utoh.
Program Bubur Lambuk Gabungan UMNO Cawangan Permas 7, Cawangan Sri Permas dan Cawangan Bandar Baru Permas Jaya.
Program bubur lambuk anjuran Surau An-Nur Taman Sri Pandan dan Krt Taman Sri Pandan. Turut dibantu oleh ajk pemuda Pasir Gudang, saudara Firdausul.
Aktiviti memasak bubur lambuk di Surau Raudhatul Jannah, Sierra Perdana.
Merewang bersama rakan-rakan helwa dari Masjid Al-Falah, Bandar Seri Alam.
Bubur lambuk yang dikelolakan oleh En Pi’e dari Rumah Pangsa Taman Mawar, Pasir Gudang
Bubur lambuk dikelolakan oleh En Fauzi di Flat Rosmerah, Johor Jaya.
Marhaban ya Ramadhan, memasak bubur lambuk bersama Surau An nur Perjiranan 8.