Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan jayanya Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2023.
Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 583 perwakilan yang hadir menyempurnakan tanggungjawab mengundi pimpinan Bahagian dan Pusat bagi mencorakkan hala tuju UMNO bagi penggal 2023-2026.
Walau apa jua keputusan yang bakal diketahui nanti, semua pemimpin parti di pelbagai peringkat mesti kembali bertaut untuk memulih dan menguatkan parti.
Kerana yang lebih utama ialah kemenangan demi UMNO, bukan survival individu.