“Pemilihan UMNO kali ini mesti kita jadikan medan untuk menyatu. Bukan untuk memburukkan lagi perpecahan antara kita. Kerana kita perlu bersama-sama menguat dan mengukuhkan parti. Gunakanlah hak kita dengan cermat, teliti dan bijaksana.”
“Berbekalkan segala kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya, saya berharap mendapat keizinan semua agar dapat meneruskan ikhtiar untuk kita memeta semula perjalanan parti ini untuk masa kini dan masa akan datang.”
“Insya-Allah, segala sokongan dan bantuan akan saya terjemahkan dalam kerja keras demi agama, bangsa dan tanah air.”
“Saya, Mohamed Khaled Nordin, dengan rendah hati menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan sesi yang akan diadakan tidak lama lagi.”
Semoga kemenangan berpihak kepada ketua bahagian kita iaitu Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin pada 18 MAC 2023 nanti.
#Khaled07