Mendapat khabar duka, Sdr Mohd Norfirdaus Bin Che Aman, Ahli UMNO Cawangan Bakawali telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Pemergian beliau suatu kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Pasir Gudang memandangkan beliau aktif di dalam semua lapangan politik khidmat bakti serta merupakan antara individu yang penting dalam penerangan melalui ‘speaker corner’ dan sebagainya.
Bagi pihak kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham Bob@ Pak Din ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh.
Al Fatihah
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang