Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang diadakan pada 27 Mac dan 28 Mac secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka PWTC dan secara maya telah berlangsung di pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang, Razani Abdul Rauf berkata sepertimana arahan yang diberikan di peringkat pusat, UMNO Bahagian telah mematuhi segala SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.
“Pada 27 Mac, Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri telah diadakan di 3 lokasi berasingan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh UMNO Malaysia manakala pada hari ini, 28 Mac, Bilik mesyuarat utama telah digunakan untuk Persidangan Perhimpunan Agung UMNO.”
“Segalanya berjalan lancar, ini merupakan pertama kali kita berhimpun secara maya. Sekretariat juga memberikan komitmen tinggi bagi memastikan talian internet dan kelengkapan dapat disediakan dua hari sebelum perhimpunan agung bermula.”katanya.
“Bagi tujuan pematuhan SOP, UMNO Bahagian telah meminta Skuad Sabil bagi memantau pematuhan SOP setiap perwakilan sepanjang tempoh persidangan”
