Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir di Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Leng Suah Chee, Seri Alam.
Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pihak tertentu yang tidak mahukan semangat dan perjuangan Team Johor untuk dijayakan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MCA Negeri Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengerusi MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Cher Puk dan Pengerusi Persatuan Leng Suah Chee, Tan Hoi Chiok.