1,605 SISWA DAN SISWI JOHOR TERLIBAT PROGRAM DUTA JAUHAR SEJAK 2014

PASIR GUDANG: Sebanyak 30 universiti awam dan swasta serta politeknik bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi penyertaan siswa diteruskan tahun ini melalui Pelaksanaan Program Duta Jauhar yang sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Ia juga melibatkan seramai 570 pelajar khasnya anak-anak Johor menerusi 38 projek yang memberi impak kepada masyarakat setempat.

Berdasarkan rekod, program Duta Jauhar yang diperkenalka, peningkatan jumlah projek serta pelajar setiap tahun dengan pelbagai cetusan idea menarik diketengahkan peserta dengan sifat kesukarelaan yang bergitu menakjubkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata, pada tahun ini, buat pertama kali peserta dari Politeknik terbabit dalam program Duta Jauhar. Bagi tempoh empat tahun iaitu 2014 hingga 2017, seramai 1,605 siswa dan siswi Johor daripada 33 universiti awam dan swasta terbabit dalam program Duta Jauhar.

Tambahnya lagi, program Duta Jauhar yang diseliakan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan melaksanakan beberapa usaha bagi menambah baik program berkenaan tahun ini. Beliau berkata, ia termasuk menjalin kerjasama dengan Bank Islam Bhd untuk mewujudkan akaun semasa untuk setiap kumpulan bagi memastikan pengurusan kewangan lebih baik.

“Penambahbaikan program termasuk menubuhkan Koperasi Alumni Duta Jauhar, sebagai platform kepada alumni untuk menjalankan aktiviti mereka. “Kita juga akan memperluaskan pelaksanaan projek berkenaan, yang mana Duta Jauhar boleh memberi khidmat nasihat dan membangunkan projek yang dilaksanakan sebelum ini seperti tanaman cili, cendawan dan ternakan ikan,” katanya.

Program itu dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Pengerusi UniKL, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Presidennya, Datuk Prof Dr Mazliham Mohd Su’ud.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top