Menjelang PRU: Sandiwara Dan Penipuan DAP Mula Menyinsing

Beberapa minggu lalu YB Kluang, Liew Chin Tong yang juga merupakan Pengarah Pendidikan Politik DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang akan melakukan tsunami dengan tumbangnya BN pada PRU ke 14. Antara dakwaan dangkal beliau adalah kerana strategi ketuanan melayu yang kononnya dipelopori oleh UMNO telah menyebabkan pengundi-pengundi cina berpaling tadah dan membelakangkan parti sekutu UMNO dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC. Dengan angkuhnya Liew mendabik dada dan menyatakan bahawa DAP dan rakan sekutunya akan memenangi 11 kerusi Parlimen di negeri Johor.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa bukan isu itu sebenarnya yang menyebabkan bahawa ramai pengundi cina membelakangi BN semasa PRU 13. Liew sebenarnya sedang berusaha menjadi jaguh DAP di Johor sepertimana Jimmy dari PKR. Untuk makluman Liew, isu ketuanan Melayu ada sejarahnya yang tersendiri. Saya dan semua bangsa Johor sememangnya cukup arif tentang kejahilan ahli-ahli DAP di dalam sejarah. Sememangnya DAP sangat takut dengan ilmu sejarah. Ini adalah kerana sejarah tidak boleh menipu apatah lagi di olah kerana ianya telah terjadi dan telah berlaku, maka tak mungkin ia akan dapat dikembalikan semula.

Untuk pengetahuan Liew, isu ketuanan Melayu sebenarnya wujud kerana sikap biadap yang teramat sangat terhadap orang-orang melayu pada tahun 1969. Umumnya mengetahui bahawa sewaktu pilihanraya pada tahun 1969, DAP serta parti pembangkang berteraskan chauvinis cina telah berjaya memenagi kerusi di bandar-bandar dan ibu kota khasnya Kuala Lumpur. Dengan kemenangan tersebut DAP serta sekutunya telah melakukan sesuatu yang telah melanggar hak serta norma bangsa mereka sendiri apabila mereka dengan biadap serta angkuhnya melakukan perarakan di sekitar ibu kota dan melaungkan kata-kata nista tehadap bangsa melayu khasnya UMNO! Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga ini, khasnya mereka-mereka yang hidup di masa tersebut akan kata-kata nista dan angkuh dengan perkataan… “MELAYU BODOH, MELAYU SUDAH KALAH, MELAYU BALIK KAMPUNG, KUALA LUMPUR CINA PUNYA!!!.” Tidak cukup dengan itu, beberapa batang penyapu telah ditayang dan dihayunkan sebagai simbol menghalau atau “menyapu” bangsa Melayu keluar dari bandaraya khasnya kota Kuala Lumpur! Ya, Liew, “please ask your dinosaur leader about it. He is the one who started this!” Tak percaya, cari dan bacalah buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, bertajuk ‘Sebelum dan Selepas 13 Mei.’ “Remember, history did not lie, but DAP leaders, yes. They are liars and they spread lies other than fabricate information.”

DAP sememangnya dan sehingga sekarang merupakan parti yang berteraskan chauvinisma Cina totok. Pemimpin DAP yang masih hidup sekarang ini tidak dapat menafikan perkara ini kerana ianya adalah bahan sejarah yang mana tidak boleh dipadamkan. Walaupun dinasur Lim (LKS) telah berkali-kali cuba menafikan, namun bak kata saya, sejarah tidak dapat dipadamkan kerana ia adalah peristiwa yang telah berlaku. Terlalu banyak saksi yang dapat membuktikan akan apa yang telah DAP lakukan.

Untuk makluman bangsa Johor, kerajaan Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO sewaktu berbincang untuk mendapat kemerdekaan dari British bersama parti sekutunya telah bersetuju agar mereka yang berbangsa cina dan india diberi kerakyatan. Pihak British telah secara “mendesak rayu” memohon agar bangsa cina dan india yang mereka bawa masuk ke tanah Melayu (nama asal Malaysia) diterima sebagai warganegara dan diberi tempat untuk tinggal dan tidak dihantar pulang semula ke negara asal. Untuk makluman Liew, atas dasar semangat dan perasaan sucihati, maka Tunku Abdul Rahman yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu (jawatan sekarang Perdana Menteri Malaysia) telah bersetuju walaupun terdapat penentangan yang cukup kuat dari beberapa ultra Melayu ketika itu, termasuk Tun Dr Mahathir! Tindakan perikemanusiaan serta sucihatinya telah mendapat pujian dari Sir Tun Tan Cheng Lock (Presiden MCA merangkap ayah kepada Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Pertama Malaysia) dan juga Tun Sambanthan (Presiden MIC ketika itu). Sila cari dan baca ungkap penghargaan mereka Liew.

Sejak merdeka sehingga sekarang, bangsa cina dan india tetap mendapat tempat di dalam pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika Liew tengok, tiada negara luar selain Malaysia yang mengizinkan wujudnya sekolah bangsa ibunda seperti yang dibuatkan oleh kerajaan pimpinan orang melayu. Singapura sendiri tidak mengizinkan wujudnya sekolah berteraskan bangsa tetapi Malaysia, kami izinkan. Jika Liew lihat laporan Forbes, setiap tahun akan diumumkan bahawa dalam 10 orang terkaya di Malaysia, 8 dari bangsa Liew, satu bangsa Melayu dan satu berbangsa india (difahamkan bahawa kedua-dua mereka adalah kroni Tun Dr Mahathir). Rasanya jika DAP memerintah Malaysia, saya rasa teramat yakin bahawa tidak akan wujud jutawan melayu ataupun india! Apatah lagi sekolah aliran Melayu seperti di Singapura. Bangsa cina dan india masih mendapat tempat dihati kerajaan Melayu UMNO dan Barisan Nasional, Liew. Jangan nafikan.

Kami juga banyak membantu bangsa cina walaupun terdapatnya penentangan dan penolakkan oleh orang-orang cina semasa PRU 13. Ada kerajaan Melayu UMNO ketepikan mereka? Ada orang-orang cina yang mati kebuluruan? Ada orang-orang cina yang tidak dapat masuk sekolah percuma kerajaan? Ada orang-orang cina di Malaysia ini dinafikan hak mereka mendapat bantuan seperti perubatan, BR1M dan sebagainya? Ada kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar kami menafikan bangsa cina dari membeli rumah? Mendapat tanah? Dinafikan peluang-peluang perniagaan? Ada kerajaan YAB Dato’ Mohamed Khaled merobohkan perkampung cina seperti kerajaan DAP merobohkan perkampungan Melayu dan India di Penang? Tolonglah Liew, get your fact straight and right! Jangan jadi YB yang bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diikut! DAP yang memerintah Penang pun tak mampu mengalas tugas dan tanggungjawab dengan baik sepertimana kerajaan Johor di bawah pimpinan Dato Khaled. Jauh bezanya. Penang sejak DAP dan anak dinasur memerintah, masih mengalami defisit dalam bajet tahunan mereka. Mana dia projek-projek untuk rakyat marhain? Mana Liew?? Mana?? Habuk pun tarak, kata orang sekarang. Penyelewengan demi penyelewengan tak termasuk pembaziran terus berlaku! Isu banglo tanpa kolam renang, terowong dan laluan basikal sebagai contoh? Liew, telor mana? Kenapa diam? Tak berani nak tegur? Nama saja demokratik parti but no democracy in DAP and to the followers of DAP. Macam kata-kata P Ramlee dalam tiga Abdul, “demokratik kepala bapak kau.”

Kami dalam UMNO berani dan bersuara. Isu 1MDB, isu tanah, isu penyelewengan. Semua kami selesaikan dan dimaklumkan secara terbuka kepada umum dan rakyat jelata. Samada mereka mahu terima atau sebaliknya itu hak mereka dan tugas kepimpinan kami, telah mereka selesaikan. Tapi DAP? Kes bungalo? Sampai nak cabar Akta SPRM di Parlimen?? Apahal? Demokrasi apa ni? Kes Teresa Kok yang curi duit rakyat Selangor? Kes, ayah seorang wakil rakyat DAP yang mengambil wang aka komisen untuk mendapat rumah? Senyap! Kalau diambil tindakan pasti DAP akan melaung-laungkan slogan… “this is a political conspiracy.” Kalau korupsi ini berlaku di kalangan pemimpin Melayu, kami berani mengambil tindakan kepada pemimpin kami yang tidak menjalankan amanah dengan baik ataupun mengkhianati amanah rakyat. Look what happens to some leaders in Johor. Yes, we dare to take action! Kami ikut nasihat DYMM Tuanku Sultan, “siapa suruh buat? Siapa buat tangkap!” DAP macam Liew berani ke cakap macam itu? Tak kan? Sebabnya kepala dan kepala bapak korupsi adalah pemimpin DAP itu sendiri. Betulkan Liew? We walk the talk Liew. Not like DAP, NATO. No Action, Talk Only!!! Untuk YB Liew, hanya ungkapan kata-kata ini yang mampu saya nyatakan… “DAP is the most corrupted party I have ever seen…” (Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan)

Kami dalam UMNO dan BN akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat, yang tidak senang dengan kejayaan kami adalah pembangkang dan sememangnya suka dan sering mengelirukan rakyat. Untuk mereka berbangsa cina dan india, saya harap anda semua dapat menilai sendiri segala perkhidmatan dan amanah yang telah YAB Dato’ Mohamed Khaled laksanakan sepanjang beliau memerintah negeri Johor empat tahun yang lalu. Tak salah menegur tetapi jangan mengriktik secara membabi buta apatah lagi dengan menyatakan sesuatu tidak berlandaskan fakta yang betul. DAP lah sebenarnya punca segala masalah perkauman dan bukan UMNO dan BN. DAP lah parti yang berlandaskan chauvinisma dan rasis yang hanya pandai menabur fitnah serta menyemarakkan api perkauman. Kami tahu apa agenda DAP. Kami akan bongkarkan penyelewengan DAP dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa DAP hanya tamakkan kuasa serta tiada agenda untuk rakyat. Masa nya akan tiba dan Liew, the truth will finally prevail. Have faith. DAP, you can fool some people at some point of time, but you cannot fool all people at all times. Untuk masyarakat cina dan india, kita semua adalah bangsa Johor dan yakinilah bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang tradisinya membela rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH SELAMATKAN JOHOR

*** Penulis Azman Ja’afar ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top