Pembangkang Akan Berterusan Kritik Apa Sahaja Yang Dilakukan Kerajaan BN- Normala

Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abd Samad berkata, pembangkang akan terus-terusan mengkritik apa sahaja yang kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lakukan walaupun ia baik untuk rakyat kerana mereka sebenarnya berasa tercabar apatahlagi sekiranya ia mendatangkan impak positif kepada kerajaan.

Jelasnya, ini termasuklah berkaitan rancangan kerajaan bagi mencari solusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“TN50 adalah untuk generasi muda yang bakal menjadi pemimpin akan datang… Bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun abd Razak mahu mendengar suara generasi muda maka ini membawa makna beliau mengambil berat.

“Inilah yang menggusarkan pembangkang dan membuatkan mereka terus mempolitikkan isu ini lagipun sudah memang kerja mereka akan membangkang apa sahaja walaupun ia baik untuk rakyat.

“Mereka risau sekiranya sokongan terhadap kerajaan semakin kuat dan ini akan membuatkan mereka semakin sukar untuk menawan negara ini,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Oleh yang demikian, Normala berharap agar golongan muda jangan mudah terpengaruh dengan agenda jahat pembangkang ini sebaliknya berilah pendangan dan idea bernas agar TN50 dapat dijadikan panduan terbaik untuk bakal pemimpin pada 30 tahun akan datang.

“Peluang telah diberi untuk rakyat sama-sama memainkan peranan merangka apa yang terbaik untuk negara.

“Maka ambillah peluang ini dan jadikan negara ini mengikut acuan anda,” katanya lagi.

-UMNOJohor/ Raisha Ukasyah

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top