
TAMAN RINTING, 12 September – Program Ibadah Qurban 1437H anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang & Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Zon Rinting di Perkarangan Bilik Gerakan UMNO Caw. Taman Rinting 3
Saya bagi pihak Tuan Haji Azman Ja’afar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PG mengucapkan tahniah, syabas, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan, barisan pegawai dan ahli-ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Zon Rinting yang telah terlibat dalam program ibadah qurban kita pagi tadi.
Alhamdulillah, segala urusan dan perjalanan program ibadah kita sempurna dan berjalan lancar. Mudah-mudahan ada keberkatan dari usaha kita bersama dan ibadah kita diterima Allah SWT.
Azleen Ambrose.
PSU Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.