‘JJ FIGHTERS’ GABUNGAN 4 PEMUDA 4 BELIA JELAJAH ZIARAH MARHABAN

Konvoi dan Ziarah Pemuda serta Marhaban yang melibatkan kerjasama antara Pemuda UMNO Laman Tasek, Desa Harmoni, Kg Rumah 10, Plentong Tengah, Jalan Imam, dan Kg Melayu Pandan berlangsung di Flat Laman Tasek Pandan pada 13 Julai sebelum ke Taman Desa Harmoni, Kg Rumah 10, Kg Seri Bahagia dan akan berakhir pada 28 Julai di Laman Tasek Pandan.

Program ziarah marhaban itu juga turut melibatkan Belia 4B cawangan, Belia Bersatu Pandan serta rakan-rakan mereka. Selain itu, penyertaan daripada penduduk juga amat menggalakkan yang terdiri daripada golongan otai, pemuda dan pelapis muda.

Program anjuran Pemuda Umno Cawangan Laman Tasek Pandan bersama pemuda-pemuda cawangan sekitarnya merupakan satu tradisi yang diteruskan sebelum ini apabila menjelang Syawal.

Turut hadir Ketua Pemuda Laman Tasek Pandan Saudara Sawahid Bedol, Pengerusi Belia 4B Kg Rumah 10 Saudara Redzuan Daim, Pemangku Ketua Pemuda Kg Sri Bahagia Saudara Khairul Anuar Bin Mohammad, Ketua Pemuda Kg Plentong Tengah Saudara Mohd Khairul Azlan Bin Sulong, Ketua Pemuda Jalan Imam  Saudara Perzol dan Ketua Pemuda Jalan Masjid Pandan Saudara Azan serta Pemuda UMNO cawangan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top