PUTERI UMNO PASIR GUDANG ZIARAH PENDUDUK PDM KOTA PUTERI

KOTA PUTERI, 25 JUN – Puteri UMNO Pasir Gudang, Penyelaras Pemuda serta Jawatankuasa PDM 04 Tmn Kota Puteri telah mengadakan ziarah ramdhan di dalam PDM Kota Puteri.

Seramai 24 orang ibu tunggal, 5 orang sakit dan kurang mampu serta 3 pendiri masjid Hajjah Maznah telah disantuni.

Bantuan berupa barang keperluan dapur dan wang tunai itu merupakan ziarah yang merupakan tradisi UMNO dalam memastikan mereka yang memerlukan diberi bantuan.

Terima kasih atas sumbangan YAB Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Pasir Gudang kerana dapat memberi senyuman kepada mereka yang dibantu khusus pada bulan yang mulia ini, mudah-mudahan kita dirahmati dan diberkati.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top