ZIARAH RAMADHAN YAYASAN PASIR GUDANG

SERI ALAM, 25 JUN – Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan perumahan Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, sebentar tadi.

Bantuan yang diterima berupa barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak selain wang tunai.

Penerima pertama Amisah Ismail, 49, yang mengidap penyakit strok, dan penerima kedua, Ruzi Tukimin, 44, yang mengidap penyakit sawan.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Ziarah Sumbangan Aidilfitri 2016 yang dijalankan oleh Yayasan Pasir Gudang (YPG).

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top