TAMAN SCIENTEX, 16 MEI – Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Jalan Kijang & Perasmian KRT Alpinia Taman Scientex telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama penduduk di kawasan tersebut. Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, ADUN Permas Merangkap Menteri Besar Johor.
KRT ini merupakan yang paling bongsu di dalam Pasir Gudang dan semestinya akan mendapat perhatian yang lebih. Peruntukan sebanyak RM 10 ribu juga telah diluluskan untuk membeli keperluan bagi gerak kerja KRT tersebut.
Mengenai KRT Alpina, ia ditubuhkan pada 1 Januari 2015 dengan jumlah ahli seramai 3,500 orang manakala Dewan Serbaguna Jalan Kijang mula dibina pada Oktober 2015 dan siap sepenuhnya pada Februari 2016 dengan kos sebanyak RM1 juta.
Dengan penubuhan Krt menunjukkan perpaduan antara masyarakat sangat kuat, apa sahaja yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan permuafakatan penduduk untuk menjaga serta memelihara kepentingan masyarakat setempat terutama di kawasan Alpinia ini.
“Saya menyeru pada bangsa johor supaya mengambil semangat daripada kemenangan JDT pada Piala FA hingga muncul juara agar ia dapat diterjemahkan dalam penubuhan KRT ini untuk sama-sama menanam semangat seperti pasukan kebanggaan kita.”
“Dalam merakyatkan kerajaan, saya sentiasa memastikan kerajaan mendengar masalah rakyat seperti pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan bukan sahaja di Pasir Gudang malah di seluruh Negeri Johor.” Katanya
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Md Za’nal Misran, Pengerusi Koperasi Melayu Pasir Gudang Berhad, Rozlan Abu Bakar dan Pengerusi KRT Alpinia Taman Scientex, Nik Zamzuri Nik Mustapha.