KITA PERLU AKUR KEPUTUSAN MT UMNO – KHALED NORDIN

PASIR GUDANG: UMNO Johor hormati keputusan Majlis Tertinggi yang sepakat memutuskan untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Menteri Besar Johor, beliau percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi hakikatnya, keputusan sudah pun dibuat MT. Kita harus percaya dan akur.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas menyempurnakan perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di sini, hari ini.

Beliau berharap UMNO Johor akan dapat terus melaksana dan meletakkan keutamaan dalam agenda penyatuan parti.

Apa jua jawatan di dalam parti adalah pemilihan yang dilakukan seluruh Malaysia dan ia bukan pemilhan oleh Johor semata-mata.

“Dari awal saya mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan saya tidak hadir mesyuarat MT berikutan menggantikan Tuanku yang tidak berkesempatan hadir di sini (Perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang).

“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan dalam msyuarat itu tetapi kalau diambil dari kenyataan dibuat akhbar dan juga MT, ia merujuk pada soal betapa perlunya Timbalan Presiden itu membantu menjayakan tanggungjawab Presiden parti.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top