RM 115,200.00 TAJAAN BAGI 120 KELUARGA MENERUSI “SMART FOOD” MY KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Img_20160220_123026

20 FEBRUARI 2016, TAMAN CENDANA – Program Smart Food My Kasih adalah kerjasama antara Yayasan Pasir Gudang dan Yayasan My Kasih bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik. Platform berbentuk bantuan ini diwujudkan bagi mengurangkan bebanan keluarga berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat dan ia akan diteruskan untuk memastikan masyarakat Pasir Gudang terus hidup sejahtera.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata Soal keceriaan masyarakt setiap PBT bukan sahaja soal ekonomi, justeru itu 14 yayasan seluruh Johor telah menganjurkan pelbagai program dan telah dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya di wilayah Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini seperti bantuan lampu LED, Pusat Tuisyen Komuniti, Subsidi Tambang Bas Sekolah dan harini pihak MPPG menerusi Yayasan Pasir Gudang melancarkan satu program SMART FOOD.

Program Smart Food My kasih ini menaja 120 buah keluarga pada tahun lepas dan diteruskan pd tahun ini dengan jumlah RM 115,200 setaun bg pendaptan perkapita 350  kebawah. Penerima pelbagai kaum ini terdiri daripada 80 buah keluarga dari Parlimen Pasir Gudang dan  40 buah keluarga dari Palimen Tebrau .

“Penerima akan mendapat wang menggunakan cara elektronik menerusi kad yang akan diedarkan sebanyak RM 80 sebulan. Pasaraya yang menerima sistem tersebut adalah Pasaraya Redmart, Ekonsave dan IMCOORP. Penerima bantuan juga secara otomatik menjadi ahli IMCOORP dengan tajaan RM200 ringgit seorang dari  kerajaan negeri”

“Dengan cara ini pihak kerajaan negeri akan memantau barang keperluan apa yang banyak digunakan oleh setiap keluarga dan memudahkan pihak kerajaan negeri untuk menyusun cara yang lebih proaktif untuk membantu golongan kurang berkemampuan” katanya.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top