Lambakan pekerja asing di kawasan Pasir Gudang boleh membawa pelbagai masalah terutama gejala sosial yang amat membimbangkan penduduk setempat. Pelbagai langkah telah dibincangkan melalui pertemuan bersama ketua-ketua cawangan dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang di dalam kawasan DUN Permas yang bermula 6 Februari yang lalu.
“Kita menerima baik cadangan kemasukan pekerja asing ke Malaysia tetapi adakah kita bersedia? Pihak majikan wajib bertanggungjawab atas pekerja asing seperti penginapan dan tidak boleh mengganggu penduduk sedia ada di sesuatu kawasan”
“Kita tidak mahu pekerja-pekerja ini berjiran dengan penduduk tempatan kerana golongan wanita ketika suaminya bekerja akan berasa terancam”
“Kerajaan juga menerusi PBT tidak meluluskan sebarang lesen perniagaan kepada warga asing dan harus diingatkan kepada pemegang lesen perniagaan supaya tidak menyewakannya kepada mereka” katanya.
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata ketika sesi sidang media di Majlis Perasmian Persatuan Peminat Berbasikal dan Kebajikan Pasir Gudang di Taman Rinting.