Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan saya seperti yang didakwa oleh portal tersebut. Saya tidak dihubungi dan tidak ada menghubungi sesiapa untuk bertanding apa sahaja jawatan,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, ini adalah usaha pihak-pihak tertentu yang terdesak yang ingin menganggu semangat perpaduan dan keharmonian dalam parti.
Sewajarnya kesempatan untuk kita berkumpul sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini digunakan oleh semua untuk kita memperkukuh dan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU-14.
Terdahulu, sebuah portal berita hari ini melaporkan kemungkinan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mungkin akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada Pemilihan Agung UMNO 2018 dan persoalan siapakah yang akan membarisi pasukan beliau dalam usaha menentang Presiden UMNO hari ini, Datuk Seri Mohd Najib.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan akan mengisi jawatan Naib Presiden selain Datuk Seri Shafie Afdal dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.