SELANGOR BUKAN TELADAN DALAM PENYEDIAAN BAJET JOHOR 2016 – KHALED NORDIN

NUSAJAYA – Johor tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik dalam menyediakan Bajet Johor 2016, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini kerana, kata beliau, Selangor bukan standard Johor, malah menyifatkan negeri ini berada dalam liga berlainan sekali gus membidas dakwaan kononnya Bajet Johor 2016 mencedok dan menyedut idea bajet negeri lain.

“Kita (Johor) mahu menjadi kuasa ekonomi baru Malaysia. Tidak mungkin kita hendak mencontohi Selangor sedangkan Singapura hanya 20 minit dari Johor Bahru. Jadi, agak lucu bila ada dakwaan kita menyedut idea bajet negeri lain,” katanya.

Mohamed Khaled (BN-Permas) berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Bajet Johor 2016, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Mb 1

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top