TUISYEN HELP-YPM ANJURAN PEMUDA UMNO PASIR GUDANG

Alhamdulillah, Pemuda Pasir Gudang telahpun menyumbang dalam membantu persiapan calon SPM 2015 dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Jika tahun 2014, calon SPM dari SMK Permas Jaya 2 telah dipilih, tahun 2015 calon SPM dari SMK Bandar Seri Alam & SMK Seri Alam 2 pula terpilih untuk mengikuti Program Tuisyen HELP-YPM anjuran Pemuda Umno Pasir Gudang.

Pelajar yang terpilih adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan, pelajar yang tak mampu untuk mendapatkan khidmat tuisyen swasta di luar sekolah.

Inilah inisiatif Pemuda Pasir Gudang dalam membantu mereka agar mereka juga berpeluang mendapatkan khidmat tuisyen percuma bagi menghadapi peperiksaan utama yang bakal menentukan masa depan hidup mereka.

Kepada adik-adik calon SPM, Pemuda Umno Pasir Gudang mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.

Moga-moga hasil usaha, berkat doa ibu bapa, guru-guru & keluarga anda semua akan memastikan kejayaan untuk anda semua, insyaAllah.

Tuan Haji Azman Ja’afar
Ketua Pergerakan UMNI Bahagian Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top