MAJLIS MERAIKAN PEMBERIAN NOTIS 5A PENDUDUK JALAN JASA

20151002_21341320151002_210310

20151002_211702

20151002_213538

Majlis Meraikan Pemberian Notis 5A bersama YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor anjuran UMNO Cawangan Jalan Jasa telah dilaksanakan  dengan meriahnya pada hari Jumaat 2 Oktober 2015 bermula  jam 8.30 malam di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Jalan Jasa.

Di dalam amanat beliau, orang melayu perlu kekal berada dalam bandar dan kawasan-kawasan pusat pertumbuhan ekonomi yang lain. Dengan cara ini orang melayu mampu bersaing untuk proses pembangunan yang rancak berlaku.

Di samping itu juga, YAB Dato’ selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang meluahkan jutaan terima kasih kepada penduduk kerana menyandar sepenuh harapan serta kepercayaan mereka kepada UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan isu hak milik tanah serta permasalahan setinggan khususnya Penduduk Jalan Jasa, Plentong.

Semangat muafakat antara penduduk dan UMNO bahagian serta kepimpinan Kerajaan Negeri terbukti dalam memastikan hak dan kepentingan penduduk agar terus terpelihara.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top