Gambar Menceritakan Segala.
Menurut rencana The Malaysian Insider, Pengerusi MPN PKR Johor menerima banyak aduan mengenai gangguan bekalan air di sekitar Pasir Gudang dan memfitnah kononnya MB Johor tidak mengambil berat untuk menyelesaikan masalah, malah menuduh kononnya MB tak berani berhadapan dengan rakyat mengenai pekara tersebut.
Untuk makluman pada MPN PKR Johor, catuan air berskala sudah bermula dari pertengahan bulan Ogos lagi dan sebelum catuan dilaksanakan pun SAJ sudah memberi taklimat pada kerajaan negeri. Selain itu, langkah-langkah tindakan yang perlu bagi memastikan kebajikan rakyat khususnya semasa catuan air agar tidak menjadi masalah pada rakyat tapi di laporkan MPN PKR pada 22 September mereka BARU INGIN MENDAPATKAN PENJELASAN DARI PIHAK SAJ?
Yang jelasnya Pengerusi MPN PKR mengeluarkan kenyataan berpandukan masalah air peribadinya sendiri kemudian hendak di kongsikan dengan rakyat Johor walhal tidak ada masalah pun bagi rakyat dalam masa yg sukar ini, kerana rakyat Johor tahu beterima kasih dan bersyukur.
Rakyat lebih tahu menilai dan berhentilah MENGHASUT serta MENFITNAH.