Belia hari ini merupakan kesinambungan untuk kepimpinan masa depan. Sebuah ‘hab’ yang dikhususkan untuk para belia telah dilancarkan semalam, 15 Ogos 2015 bertempat di Hutan Bandar Johor Bahru. Walaupun cuaca agak terik semasa pelancaran, hal ini tidak menghalang untuk YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Menteri Besar Johor merasmikan ‘Johor Youth Hub’ yang terdiri daripada komponen aktiviti ‘outdoor’ dan ‘indoor (ecology building)’
Sememangnya golongan belia merupakan golongan berharga kerana menjadi nadi kepada pembangunan bangsa, negeri dan negara. Golongan belia inilah yang menjadi kejayaan untuk masa depan yang akan mencorakkan cerita dan perjalanan negeri Johor. Hal ini jugalah yang menjadi aspirasi dan harapan Menteri Besar Johor dalam merealisasikan konsep Muafakat Johor iaitu kerjasama daripada semua lapisan masyarakat dan hubugan yang baik antara pemimpin dan rakyat demi kesejahteraan penduduk keseluruhannya. Disamping itu, hampir 69% penduduk Iskandar adalah golongan belia yang mempunyai keunikan tersendiri dalam menentukan halatuju pembangunan negeri Johor.
Harapan daripada pelancaran hab ini yang menjadi satu-satunya perintis kepada penubuhan hab-hab yang lain adalah ia menjadi medium kepada pembangunan belia yang lebih komprehensif.
Anak muda,
‘Ini generasi, awak punya!’