Pasir Gudang Sifar Setinggan

Tanah 2Penyampaian Notis 5A yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Presiden Umno Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar.

Sebuah janji ditepati, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor telah mengotakan janji beliau dalam menyelesaikan masalah setinggan di kawasan Pasir Gudang. Sebanyak 399 orang penduduk setinggan di empat buah kampung setinggan di Parlimen Pasir Gudang mendapat Notis 5A ketika perasmian mesyuarat tersebut. Inilah hasil muafakat UMNO dan Barisan Nasional dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Berikut merupakan senarai empat buah kampung yang telah menerima Notis 5A tersebut:
(1) Kampung Rumah 10 (120 unit)
(2) Kampung Sri Bahagia (102 unit)
(3) Jalan Jasa Plentong (50 unit)
(4) Kampung Plentong Baru (137 unit)

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top