Presiden pilih rasmi mesyuarat UMNO Pasir Gudang – Khaled Nordin

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – Foto Zain Ahmd

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memilih sendiri untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Mohamed Khaled, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, berkata pilihan itu dilakukan sejak dua bulan lalu.

Ini, katanya, memang menjadi amalan setiap tahun bagi presiden parti merasmikan sekurang-kurangnya satu mesyuarat bahagian di setiap negeri.

“Ada bahagian lain di Johor yang menjemput perdana menteri, tetapi beliau perlu berada di Singapura (hari ini) dan hanya sempat merasmikan mesyuarat bahagian yang bersebelahan dengan negara itu,” katanya.

Mengikut beliau, bahagian yang sesuai itu adalah Pasir Gudang.

“Kerana itulah saya menyatakan bahawa kami rasa sangat terhormat apabila menerima kedatangan presiden UMNO ke mesyuarat perwakilan Bahagian Pasir Gudang,” katanya. – BERNAMAPm Hadir Mesyuarat Umno Pasir Gudang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top