Produk Ikonik Jadi Magnet

DALAM tempoh beberapa tahun kebelakangan sebelum ini, Johor hanya menjadi laluan transit kepada pelancong terutama dari Singapura ke destinasi lain dalam negara. Namun senarionya kini berubah apabila ia bangkit menjadi destinasi pelancongan unggul dan wajib dilawati.

Dengan kedudukan di antara Melaka dan Singapura, ini menjadikan Johor sangat strategik untuk menjadi Hub Pelancongan Wilayah Selatan. Ini dibuktikan apabila, pada 2013, Johor adalah negeri kedua paling ramai dikunjungi pelancong antarabangsa kepada 2.6 juta selepas Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong, berkata, perubahan itu ekoran langkah Johor menawarkan pelbagai produk dan lokasi tarikan pelancongan baharu yang ikonik serta unik.

Katanya, melalui strategi Pelan Induk Pelancongan Negeri, Johor mewujudkan konsep pelancongan ‘family fun’ dengan wujudnya beberapa taman tema seperti Legoland Malaysia, Sanrio Hello Kitty Town, Little Big Club dan Angry Birds Activity Park.

“Kini,  menginap satu malam di Johor tidak lagi mencukupi dan ini adalah satu pencapaian yang sangat baik bagi kita. Johor bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah kita juga dapati pelancong yang datang ke sini adalah dari negara yang sebelum ini jarang melawat Johor seperti Australia, Filipina, Indonesia, India dan Hong Kong,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, komitmen yang ditunjukkan itu tidak membawa maksud Kerajaan Negeri menafikan sumbangan sektor pelancongan sedia ada sebelum ini.

Kita turut meletakkan meletakkan pelancongan warisan sebagai satu sektor yang membantu kluster ‘Urban Heritage & Lifestyle’ yang memberi penekanan kepada eko-pelancongan.

“Tarikan warisan dan eko-pelancongan seperti di Kampung Sungai Melayu dan Kong Kong juga menunjukkan bagaimana pelancongan moden seperti taman tema dan pelancongan warisan saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Sumber : Jauhar

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top