Perhimpunan Ukhwah Malabar Johor oleh YAB Menteri Besar Johor

Johor Jaya : 8.30malam. Perhimpunan Ukhwah Malabar Johor, anjuran badan perhubungan KIMMA negeri johor. Program ini telah membawa hampir keseluruhan saudara kaum Malabar di dalam negeri johor bagi mengeratkan silaturrahim di antara umat islam. YAB Menteri Besar Johor memberi sokongan dan dorongan terhadap inisiatif yang di laksanakan oleh badan Perhubungan KIMMA negeri johor. Perpaduan dan muafakat perlulah di dokong oleh setiap bangsa, yang berada di dalam negeri johor ini bagi memastikan kemakmuran serta kemajuan dapat di rasai bersama.

Acara potongan kek sebagai tanda kesyukuran sempena pentadbiran YAB. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin yang telah genap 1 tahun pentadbiran sebagai Menteri Besar Johor dan badan perhubungan KIMMA negeri johor menyambut baik akan pentadbiran yang dilaksanakan oleh YAB.

Kek Tanda Kesyukuran Mbj

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top