PASIR GUDANG 14 Feb : Institut masjid perlu diberi nafas baru dalam usaha membina modal insan yang lebih berkualiti selain turut berperanan mencorakkan islam cara hidup dan dapat menarik minat generasi muda untuk turut sama mengimarahkan masjid selari dengan usaha kita menjadikan Masjid sebagai pusat untuk mengukuhkan ikatan muafakat sesama umat islam.
Masjid bukan sahaja tempat masyarakat Islam menunaikan solat dan beribadat, namun turut memainkan peranan secara menyeluruh antaranya sebagai baitulmal, pusat penyebaran ilmu dan institusi pentadbiran, kehakiman, ekonomi,budaya dan sosial.