SEGAMAT: Brado Kapak, 9 disember Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang telah hadir menghulurkan bantuan bersama-sama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dalam membantu mangsa banjir di sekitar daerah Segamat yang telah di landa banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang terus menuju ke destinasi yang pertama di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Sepang Loi iaitu di dalam kawasan Dun Buluh Kasap, jumlah mangsa banjir yang telah disahkan adalah seramai 123 orang dan sebanyak 36 keluarga yang menginap kawasan tersebut turut terjejas.
Kehadiran para sukarelawan oleh sayap UMNO ini sedikit sebanyak telah meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir dan dapat menceriakan suasana suram yang dialami oleh mangsa banjir ini. Seluruh badan sukarelawan dan NGO turut hadir sama bagi menghulurka bantuan.