Imam Masjidil Haram ketuai solat Jumaat di PAU 2013

Imam Masjidil Haram, Mekah, Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamdi membacakan khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat sekali gus mencatat sejarah Perhimpunan Agung Umno 2013.

Dianggarkan 5,000 jemaah dan kepimpinan tertinggi parti termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari tadi.

Dalam khutbahnya beliau menggariskan tiga perkara iaitu cintakan rasul, keluarga dan sahabat baginda, Islam agama yang menyeru kepada kesederhanaan dan Islam agama yang mementingkan perpaduan Ummah.

Beliau turut memuji kegigihan pemimpin Malaysia menerapkan konsep kesederhanaan Islam atau Wasatiyyah.
Menurutnya, penerapan konsep Wasatiyyah dalam pentadbiran kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu mencerminkan pembangunan agama Islam dilakukan dengan sempurna di negara ini.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top