Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja memerlukan anggota yang mempunyai nilai, semangat kekitaan, kebanggaan dan kehormatan terhadap tugas, tetapi juga hubungan yang erat dengan masyarakat yang mereka pertahankan.
Menurutnya, nilai-nilai murni ini penting bagi memastikan ATM terus relevan dan dihormati sebagai institusi yang bukan sahaja kuat dari segi ketenteraan, tetapi juga rapat dengan rakyat yang menjadi teras kekuatan sebenar sesebuah angkatan tentera.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


