Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan program Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) berperanan mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat, sekali gus memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat peranan serta pengorbanan warga pertahanan negara.
Dalam kenyataannya, Khaled Nordin berkata pertahanan yang berkesan bukan hanya bergantung kepada kekuatan Angkatan Tentera semata-mata, sebaliknya turut memerlukan kesedaran, kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap usaha mempertahankan negara.
“Inilah semangat kebersamaan yang mahu kita bina, saling memahami, saling menghormati dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan tanah air,” katanya, merujuk kepada semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang sering ditekankan beliau dalam pelbagai kenyataan berkaitan dasar pertahanan negara.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

