Menteri Pertahanan Rasmikan Gema Waqaf Festival Sempena 60 Tahun FELKOP di Kota Tinggi

Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, hadir ke Majlis Pelancaran 60 Tahun Persekutuan Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Johor (FELKOP) di samping merasmikan Gema Waqaf Festival 2026 yang berlangsung di Padang Awam FELDA Aping Timur, Kota Tinggi.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, YB Muszaide Makmor, dan ADUN Johor Lama, YB Norlizah Noh, sebagai tanda sokongan kepimpinan tempatan terhadap program kemasyarakatan ini.

Menurut Khaled Nordin, semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap komuniti terus disemarakkan menerusi program yang menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh meriah itu. Beliau turut menyuarakan harapan agar inisiatif seumpama ini dapat memperkukuh peranan koperasi dan wakaf dalam membina komuniti yang lebih berdaya saing serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat Kota Tinggi.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top