PEMUDA UMNO PG TERJAH SAHUR

Pada 17 Mei 2020 bersama 24 Ramadhan yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pasir Gudang telah bergerak sekitar kawasan Parlimen Pasir Gudang bagi perlaksanaan program Terjah Sahur Pemuda.

Dalam program tersebut, kami telah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas, sayur-sayuran, kurma, makanan ringan dan juadah untuk bersahur kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Sumbangan disampaikan oleh saudara Khairul Azlan Sulong, Naib Ketua Pemuda yang mewakili Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros.

Semoga sumbangan yang disampaikan mampu meringankan sedikit beban keluarga penerima menjelang bulan Shawal tidak lama lagi. Kami doakan agar mereka terus dilindungi dan diberkati oleh-Nya.

Insyallah.

Pemuda !
Bangkit Kembali !

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top