BANTUAN KASIH FASA 3 AKAN MULA DIEDAR

Bermula Ramadan pertama tempoh hari, UMNO Bahagian Pasir Gudang telah meggerakkan 1,200 barangan keperluan dapur melalui Bantuan Kasih Fasa 2 untuk golongan sasar dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Bantuan ini telah diagihkan kepada Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Pasir Gudang, komponen Barisan Nasional, PAS dan NGO-NGO untuk diberikan kepada senarai penerima yang telah dikenal pasti.

InsyaAllah, selepas Fasa 1 dan 2 melibatkan 2,780 keluarga. UMNO Bahagian Pasir Gudang akan meneruskan Bantuan Fasa 3 kepada senarai keluarga yang baharu.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top