..."/>

PSU PEMUDA UMNO PASIR GUDANG CADANG UMNO FOKUS PERPADUAN PARTI

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berharap mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok tidak mengambil keputusan untuk memecat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaku perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2015, Noor Azleen berhujah, UMNO tidak mampu untuk kehilangan anggota dan jentera di saat-saat getir ketika ini.

“Adakah UMNO mempunyai cukup masa untuk memulihkan krisis keyakinan dan defisit kepercayaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14?” soal pemuda berusia 30 tahun itu.

Beliau berpendapat, apa sahaja keputusan perlu mengimbangi antara kestabilan dalam parti dan sokongan rakyat kekal utuh terhadap parti terbesar orang Melayu itu.

“Ini bukan masanya untuk kehilangan Muhyiddin, MT diharap meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan,” ujar Noor Azleen.

Tambahnya, ini bukan soal menentang atau menyokong tetapi mengambil pendirian yang berlandaskan kebijaksanaan dalam menguruskan krisis.

“Isu 1MDB, pelan rasionalisasi menyelesaikan hutang syarikat itu juga sedang berjalan dan kita beri ruang dan mengikuti rapat perkembangannya,” katanya.

Noor Azleen yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Johor itu UMNO mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tiada ruang untuk kumpulan serpihan dalam parti itu.
Zahid dilapor berkata demikian sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Isnin.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menghalang diri beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO merupakan tindakan yang tidak wajar.

Top