Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengambil kesempatan mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
“Setiap undi adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menentukan masa depan Negeri Sembilan dengan memilih sebuah kerajaan negeri yang mampu menjamin kestabilan, memacu kemajuan dan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat,” katanya, sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman, keupayaan dan rekod yang diperlukan untuk memimpin Negeri Sembilan yang stabil, maju dan makmur.
Pada kesempatan itu juga, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua anggota pasukan keselamatan yang mengabdikan diri dengan penuh dedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.
“Tanpa keamanan yang mereka pertahankan, tiada kestabilan. Tanpa kestabilan, sukar untuk memacu kemajuan. Dan tanpa kemajuan, sukar untuk rakyat menikmati kemakmuran. Selamat mengundi. Undilah Barisan Nasional,” katanya.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


