Syed Hussien Diumumkan sebagai Calon BN bagi PRK DUN Mahkota

Syed Hussien Syed Abdullah telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam sebuah majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN yang diadakan di sini hari ini.

Ribuan jentera dan akar umbi Barisan Nasional (BN) telah mengiringi pimpinan utama BN ke Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N29, Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi BN.

Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Pengerusi BN turut menggesa semua jentera BN untuk mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh jentera BN ketika PRK Tanjung Piai dan Nenggiri, di mana kesungguhan dan kesepakatan mereka telah membawa kemenangan cemerlang.

Syed Hussien Diumumkan Sebagai Calon Bn Bagi Prk Dun Mahkota - Berita
Syed Hussien Diumumkan sebagai Calon BN bagi PRK DUN Mahkota - 2, UMNOPG

Kerusi DUN Mahkota menjadi kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.

Allahyarham Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak tahun 1993, berjaya merampas kembali kerusi DUN Mahkota daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5,166 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Mac 2022 lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top