DSKN Rasmi DEWAN DSKN@KRT KEEMBONG

17 Ogos 2024, jam 830 malam. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan Dewan DSKN @ KRT Keembong di Taman Johor Jaya pada hari ini. Ketua UMNO Cawangan Taman Johor Jaya 5 iaitu Tuan Hj Md Khalid bin Abu Bakar bersama-sama pemimpin setempat yang lain telah bertungkus-lumus memastikan agar majlis ini berjalan lancar.

Dengan adanya dewan ini, penduduk setempat dapat berkongsi pendapat dan menjalankan aktiviti masyarakat. Selain itu, Dewan DSKN @ KRT Keembong ini juga diharap mampu menjadi pusat pertemuan yang mempererat hubungan antara penduduk setempat. Pelbagai aktiviti seperti mesyuarat komuniti, majlis perkahwinan, dan acara kebudayaan boleh dijalankan di sini, sekali gus menghidupkan semangat kekitaan dan perpaduan.

Pada malam perasmian tersebut, Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya kemudahan awam seperti ini dalam memupuk kerjasama dan kesepaduan di kalangan penduduk. Beliau juga menzahirkan harapan agar dewan ini digunakan secara optimum dan dijaga dengan baik oleh semua pihak.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top