Johor merupakan tempat lahir UMNO.
UMNO Johor pula menjadi tempat subur bagi tokoh-tokoh kebangsaan yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan kebangsaan selama ini.
Sempena Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia pada hari Sabtu, 3 Februari, Pemuda UMNO Johor yang diketuai oleh Noor Azleen Bin Ambros, mempersembahkan sesi ‘pemanas semangat’, dengan berdialog bersama para ‘guru’ yang menjadi kebanggaan UMNO Johor. Ini bertujuan untuk menumbuhkan rasa ‘tujuan yang lebih besar’ bagi pimpinan muda dan baru UMNO di Johor.
Ini penting agar kita dapat bersama-sama menanggung beban tanggungjawab untuk mengembalikan kekuasaan UMNO.