Kesinambungan dan Kemandirian: Koperasi Melayu Pasir Gudang

Koperasi Melayu Pasir Gudang, atau lebih dikenali sebagai KOMPAS, bukan hanya sekadar sebuah koperasi – ia merupakan cerminan komitmen dan kegigihan komuniti Melayu di Pasir Gudang dalam memupuk budaya berkooperasi dan berusaha ke arah kemandirian ekonomi. Sejak penubuhannya, KOMPAS telah membuktikan bahawa sebuah koperasi boleh menjadi organisasi yang berdaya saing dan berjaya dalam dunia perniagaan, jika dikelola dengan bijak dan berhemah.

KOMPAS, atau nama penuhnya Koperasi Melayu Pasir Gudang, merupakan salah satu koperasi paling aktif di Johor. Ia ditubuhkan dengan visi untuk membantu masyarakat Melayu di Pasir Gudang dalam meningkatkan taraf hidup melalui inisiatif perniagaan dan pekerjaan yang berteraskan prinsip koperasi. KOMPAS beroperasi dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan runcit, pertanian, penternakan dan pelbagai lagi.

Penaung KOMPAS, YAB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang amat memahami penglibatan dan kepentingan koperasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Beliau menekan kepentingan untuk memastikan kesinambungan dan kemandirian operasi koperasi, dan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif dan perancangan KOMPAS. Usaha beliau dalam memberikan semangat dan peluang kepada koperasi ini tidak dapat dinafikan.

Mesyuarat Agung Tahunan KOMPAS yang ke-14 pada tahun 2023 ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Akram Bin Hassan bertempat di BZ Banquet Hall. Beliau memberikan kata-kata semangat agar KOMPAS untuk lebih berjaya lagi pada masa akan datang. Acara tersebut juga telah dimeriahkan oleh ucapan dari Dato Hj Mohd Amin Bin Ahmad, Pengerusi Koperasi Melayu Pasir Gudang. Beliau juga adalah Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli koperasi dan lembaga koperasi yang setia dengan KOMPAS. Dedikasi mereka amat penting dalam menjayakan aspirasi koperasi ini. Sumbangan ADUN Permas iaitu YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib, selaku Penasihat Koperasi, juga tidak boleh ditinggalkan. Beliau sentiasa memantau perkembangan dan perjalan KOMPAS, memberikan nasihat dan panduan bermakna untuk kemajuan koperasi ini.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top